Thursday, 12 April 2018

Makanan Halal di Shanghai Disneyland

Makanan di taman tema dan hotel Disneyland Shanghai adalah sememangnya TIDAK HALAL. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Disneyland Shanghai sendiri menerusi website rasminya. Walau bagaimanapun, terdapat 1 restoran halal berdekatan dengan taman tema Disneyland Shanghai ini iaitu di Disneytown. Lihat peta bawah untuk lokasi Disneytown:


Lokasi Disneytown ini adalah betul-betul bersebelahan dengan taman tema Disneyland dan merupakan pintu utama masuk ke taman tema bagi pengunjung yang bermalam di hotel rasmi Disneyland, sama ada di Shanghai Disneyland Hotel atau Toy Story Hotel. Jadi, sekiranya anda menginap di salah satu hotel tersebut, maka anda tidak perlu beratur teramat panjang di pintu utama Disneyland di mana semua manusia akan masuk di pintu itu!

Terdapat pelbagai kedai makan di Disneytown ni seperti Starbucks Coffee, BreadTalk, The Cheesecake Factory, Toast Box, dan banyak lagi. Dan untuk makanan halal, anda perlu mencari Food Republic (macam medan selera tertutup). Lokasi Food Republic ini agak sukar, jauh dan tersorok. Tapi demi makanan halal, apa saja sanggup dicarinya!

Salah satu pintu masuk Food Republic. Ada 2 pintu masuk ke Food Republic ni.

Jangan terkejut apabila masuk ke dalam Food Republic ini kerana dipenuhi dengan manusia! Ye, memang ramai orang makan di Food Republic ini kerana harganya yang agak murah jika dibandingkan dengan makanan di restaurant lain.

Di dalam Food Republic ni, terdapat banyak kedai makan dan satu-satunya kedai makan halal ialah Yershari Restaurant. Yershari Restaurant ini merupakan rangkaian kedai makan halal yang agak popular di Shanghai dan banyak cawangannya terdapat di bandar Shanghai.

Inilah rupanya kedai Yershari Restaurant tu.

Ada logo halal di tepi kedai.

Yershari Restaurant ini terkenal dengan satay kambingnya yang lembut dan juicy. Sepanjang kami makan di kedai tersebut, tidak putus pengunjung datang membeli satay kambingnya. Dan kami pun tidak terlepas untuk merasainya juga dan ternyata ianya sedap!

Tengok pekerjanya yang memakai baju kebaya & bersarungkan batik!

Transaksi di dalam Food Republic ini adalah cashless, so pengunjung dipaksa membeli kad macam TouchNGo (boleh top up) terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Kad tersebut boleh dibeli di Service Counter, iaitu betul-betul bersebelahan dengan Yershari Restaurant ni. Harga minimum kad ini adalah RMB100 dan bakinya boleh dikembalikan. Awek pakai cekak rambut Minnie Mouse tu bayar menggunakan phone app, siap ada discount lagi.

Harga makanan.

Pendapat saya, harganya amat berpatutan dengan makanannya yang banyak dan sedap. Tidak perlu berkira tentang harganya sebab inilah satu-satunya makanan halal di Shangai Disneyland ni!

Inilah yang kami order aritu, makan di restaurant.

Yang ni kami bungkus.

Agak mencabar juga apabila untuk membuat order makanan. As usual la, seperti ayam dengan itik bercakap kan. Even kita tunjuk gambar pun, diaorg masih lagi tercengang-cengang dengan apa yang kita order. Pengalaman kami yang paling mencabar apabila nak bungkus makanan tu. Susah betul nak bagitau diaorg tu kita nak bungkus. Macam-macam lakonan tapi akhirnya berjaya jugak la mintak bungkus tu. :D

Nota kaki:
Berhati-hatilah apabila makan di Disneyland Shanghai kerana semua makanannya adalah tidak halal, sama ada di dalam taman tema, mahupun di hotelnya. Memang amat mengeliurkan apabila nampak orang ramai makan aiskrim & waffle berbentuk Mickey Mouse, jagung & keledek rebus, pop corn dan bermacam-macam lagi. Kena tahan la nafsu makan tu kejap.